Monday 20 August 2012

Sejarah Seni Khat


SEJARAH SENI KHAT

"Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ‘seni khat’ merupakan khazanah tertua di dunia yangmasih dimiliki oleh umat Islam dan dikagumi di seluruh pelusuk dunia. Selain penyampai mesej dakwah, khat juga merupakan jalan untuk merehat dan menajamkan minda, di samping sebagai jalan untuk mendapat rezeki.
Sungguhpun begitu, terdapat banyak lagi faedah sehingga pernah dinyatakan oleh seniman arab bahawa khat sebagai sebuah abstraksi, ilmi, falsafi dan seni.Memandangkan tulisan-tulisan sebelum kemunculan khat Arab kebanyakannya dalam bentuk segi dan berpetak, sudah
tentu khat Arab yang pertama terwaris adalah dari jenis keturunan yang serupa. Oleh itu, khat Arab dalam bentuk pertamanya adalah dari jenis Khat Kuufi Klasik dan Khat Hijaazi.
Sebelum kedatangan Islam, dunia penulisan Arab tidaklah serancak dengan zaman selepasnya kerana ia hanya tertumpu pada keadaan-keadaan tertentu sahaja. Khat kaum Nibti yang diwarisi oleh orang Arab hanya dipecah kepada dua bentuk sahaja iaitu Khat Kuufi dan Khat Jazm (Khat Hijaazi).Setelah datangnya Islam, tabiat Islam itu sendiri yang sememangnya mengajak manusia kepada cintakan ilmu pengetahuan ditambah pula aktiviti pencatatan Wahyu Ilahi pada masa hayat Baginda S.A.W. telah menyemarakkan perkembangan khat Arab. Daripada khat Kuufi dan Hijaazi, ia terpecah kepada beberapa bentuk,antaranya Kuufi Masyaq, Kuufi Madani, Kuufi Basiit, khat Hijaazi Daarij dan khat Makki Madani.
Pada zaman itu, kesemua jenis khat yang ada mempunyai ciri-ciri antaranya tidak bertitik, tidak berbaris dan penyusunan yang tidak teratur.Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, khat Arab telah diperkembangkan kepada pelbagai bentuk dalam rumpun Kuufi seperti Kuufi Klasik, Shaami, Basri, Al-Asfaraaani, Al-Mash'ab, Al-Samni, Al-Qairamuuz dan lain-lain.Khat pada zaman ini lebih teratur walaupun tanpa bertitik dan berbaris.Apabila Saidina Uthman R.A. mengisytiharkan pembukuan al-Qur’an, baginda memperkemas tanda dan perundangan dalam al-Qur’an yang dikenali sebagai Musyaf Uthmani. Dalam seni musyaf al-Quran,
tulisan khat penting kerana merakamkan segala ayat Tuhan. Kegagalan menyalin al-Quran dengan khat yang baik, jelas, dan tepat bermakna tidak kesampaianlah maksud al-Quran dalam erti kata yang luas.
Bentuk tulisan khat ketika itu adalah khat Kuufi Klasik yang tidak bersambung dan mungkin sukar dibaca pada hari ini.Mengikut sejarah, penulisan khat ini dihasilkan di Kufah, Iraq pada kurun ketujuh, hasil ilham mimpi seorang sufi. Ia dinamakan Kuufi, iaitu tulisan yang tidak bercantum dan dinamakan sedemikian sebagai tanda penghargaan kepada bandar Kufah.Gaya khat Kuufi digunakan selama lebih kurang tiga abad. Ketika ini, yang menguasai seni dalam al-Quran adalah kekuatan khatnya dan tidak pada hiasan yang terdapat pada jidar kepala sesuatu lembaran berhias. Lebih kurang pada kurun ke-4 Hijrah, khat Kuufi beransur-ansur digantikan oleh khat Naskh hingga kini. Khat Naskh melahirkan pelbagai gaya tulisan dengan diberi nama yang berlainan. Hal ini tidak pula bermakna bentuk seni khat lain tidak digunakan untuk menyalin ayat al-Quran. Antara bentuk khat termasuklah khat Nasta'iq di Parsi dan khat Sini di China. Seni khat yang lain seperti Thuluth, Muhaqqa, dan Rayhani digunakan pada tajuk surah sahaja. Kini, khat Naskh diterima sebagai bentuk tulisan baku dalam menyalin al-Quran. Seseorang yang arif tentang khat akan berasa kagum kerana pelbagai gaya khat dapat digunakan dalam hanya satu musyaf.
Zaman kerajaan Umawiyah telah menyaksikan pembangunan ketara seni khat Arab, antaranya kemunculan dua bentuk khat yang baru selepas Kuufi iaitu Khat Thuluth dan Khat Nasakh. Selain Khat Thuluth, terdapat khat-khat yang lain yang seakan-akan mirip dengan Khat Thuluth seperti Khat Toomar, Tauqi', Muhaqqiq, Thuluthain, Jalil, Musalsal dan sebagainya. Khat Nasakh pula muncul dari cabangan Khat Daarij semasa zaman permulaan Islam. Pada abad ini, seni khat menyaksikan banyak perubahan antaranya ialah peletakan sistem titik dan baris di samping kemunculan ramai pakar-pakar penulis khat, antaranya Imam Hasan al-Basri, Malik bin Dinar dan Ibnu Hasan al-Maliih.Tulisan khat terus berkembang pada zaman Kerajaan Abbasiyah, Fatimiyah dan Uthmaniyah. Sebagaimana ketiga-tiga zaman ini terkenal sebagai zaman kegemilangan peningkatan taraf ilmu, begitu juga berlaku kepada dunia Khat Arab.
Dikatakan lebih daripada 50 cabangan Khat yang terhasil pada zaman ini yang dikembangkan melalui bentuk-bentuk yang lama.
Antara bentuk baru yang muncul ialah Khaat Ta'liq dan Nasta'liq, Nasakh Badi', Khat Hazqaaj, pelbagai cabangan Kuufi dan sebagainya. Pada kurun ke-10, seni khat tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan ini terdiri daripada beberapa jenis, iaitu khat Kuufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth dan Khat Riqa.Pada kurun ke-16 dan 17, seni khat pernah menjadi medium komunikasi terpenting dalam menyampaikan mesej diplomatik. Ia diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di wilayah Turki. Kesenian tulisan khat jenis ini terserlah melalui tanda dan tulisan yang menarik. Seni khat yang dikenali dengan nama Diwani ini berkembang seiring dengan variasinya iaitu Diwani al-Jali yang berbingkai.
Mashaf-mashaf Uthmani pada waktu itu muncul dengan pelbagai rupa bentuk khat sementara penulis-penulis khat tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Di antara ketiga-tiga zaman ini, zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah zaman yang paling ketara dalam peningkatan seni khat di mana ia telah dieksploitkan sebagai bidang kesenian dan kecantikkan selain daripada penyampai maklumat.Setelah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah, warisan seni khat yang kebanyakannya yang berpusat di Turki telah berpecah ke serata Tanah Arab. Akhirnya, tahun demi tahun, benluk-bentuk khat yang banyak tadi telah dihadkan kepada beberapa bentuk tertentu sahaja. Had ini dibuat bagi menetapkan jenis-jenis khat yang kemas teratur, cantik dan berseni untuk diguna pakai oleh masyarakat umum. Untuk itu, khat-khat yang kekal sehingga sekarang ialah Khat Thuluth, Nasakh, Farsi yang muncul dari cabangan Nasta'liq dan Kuufi, Diwaani yang muncul daripada Hazqaaj dan khat baru yang lain seperti khat Riq'ah, Ijazah dan yang terbaru seperti Khat Moden. Antara tokoh-tokoh khat zaman moden terkenal ialah Sheikh Abd. Aziz Al-Rifaaei (seorang ulama Islam yang faqih dari Turki), Hamid Aamidi (Turki), MustafaIzzat (Turki), Said Ibrahim (Mesir), Mahmud Shahaat (Mesir), Hashim Muliammad (Baghdad) dan lain-lain

Video-Video Memuat Khat


Tokoh-Tokoh Islam

Ibn Bajjah
Ibn Bajjah
Umat Islam dipercayai telah sampai ke Sepanyol pada zaman sahabat lagi. Kedatangan mereka telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat di sanakhususnya dalam bidang yang berkaitan
keilmuan dan ketarnadunan. Bahkan kesan
tamadun Islam masih dapat dilihat sehingga ke
hari ini.
Sepanjang pemerintahan Islam di Sepanyol yang juga dikenali sebagai
Andalusia, telah lahir ramai cendi-kiawan dan sarjana dalam pelbagai
bidang. Sebahagian mereka ialah ahli sains, matematik, astronomi,
perubatan, falsafah, sastera, dan sebagainya.
Salah seorang mereka ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh
atau lebih terkenal sebagai Ibn Bajjah. Beliau dilahirkan di Saragossa
pada tahun 1082 Masihi (M). Ibn Bajjah merupakan seorang
sasterawan dan ahli bahasa yang unggul. Dalam hal ini, beliau pernah
menjadi penyair bagi golongan al-Murabbitin yang dipimpin oleh Abu
Bakr Ibrahim Ibn Tafalwit. Selain itu, Ibn Bajjah juga merupakan
seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal. Sungguhpun
begitu beliau juga seorang yang hafiz al-Quran.
Dalam masa yang sama, Ibn Bajjah amat terkenal dalam bidang
perubatan dan merupakan salah seorang doktor teragung yang pernah
dilahirkan di Andalusia.
Walau bagaimanapun, kehebatannya turut terserlah dalam bidang
politik sehingga beliau dilantik menjadi menteri semasa Abu Bakr Ibrahim
berkuasa di Saragossa. Lebih menakjubkan lagi apabila beliau dapat
menguasai ilmu matematik, fizik, dan falak. Pada kesempatan itu beliau
banyak menulis buku yang berkaitan dengan ilmu logik.
Kemampuannya menguasai berbagai-bagai ilmu itu menjadikannya
seorang sarjana yang teragung bahkan tiada bandingannya di Andalusia
dan barangkali di dunia Islam. Jadi, sumbangannya dalam bidang
keilmuan begitu besar sekali.
Dalam bidang falsafah umpamanya, Ibn Bajjah boleh diletakkan setaraf
dengan al-Farabi dan Aristotle. Dalam bidang ini beliau telah
mengemukakan gagasan fal­safah ketuhanan yang menetapkan bahawa
manusia boleh berhubung dengan akal fa'al melalui perantaraan ilmu
pengetahuan dan pembangunan potensi manusia.
Menurut Ibnu Bajjah, manusia boleh mendekati Tuhan melalui amalan
berfikir dan tidak semestinya melalui amalan tasawuf yang dikemukakan
oleh Iman al-Ghazali. Dengan ilmu dan amalan berfikir, segala
keutamaan dan perbuatan moral dapat diarahkan untuk memimpin
serta menguasai jiwa. Usaha ini boleh menumpaskan sifat haiwaniah
yang bersarang dalam hati dan diri manusia.
Berdasarkan pendapatnya, seseorang itu harus mengupayakan
perjuangannya untuk berhubung dengan alam sama ada bersama-sama
dengan masyarakatnya ataupun secara terpisah. Kalau masyarakat itu
tidak baik maka seseorang itu harus menyepi dan menyendiri.
Pandangan falsafah Ibn Bajjah ini jelas dipengaruhi oleh idea-idea
al-Farabi. Pemikiran falsafah Ibn Bajjah ini dapat diikuti dalam "Risalah
al-Wida" dan kitab "Tadbir al-Muttawwahid" yang secara umumnya
merupakan pembelaan kepada karya-karya al-Farabi dan Ibn Sina
kecuali bahagian yang berkenaan dengan sistem menyepi dan
menyendiri.
Namun, ada sesetengah pengkaji mengatakan bahawa kitab tersebut
sama dengan buku "al-Madinah al'Fadhilah" yang ditulis oleh al-Farabi.
Dalam buku itu, al-Farabi menjelaskan pandangan beliau mengenai
politik dan falsafah. Al-Farabi semasa membicarakan tentang politik 
telah mencadangkan supaya sebuah negara kebajikan yang diketuai
oleh ahli falsafah diwujudkan.
Satu persamaan yang ketara antara al-Farabi dengan Ibn Bajjah ialah
kedua-duanya meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Mereka
hampir sependapat bahawa akal dan wahyu merupakan satu hakikat
yang padu. Sebarang percubaan untuk memisahkan kedua-duanya
hanya akan melahirkan sebuah masyarakat dan negara yang pincang.
Oleh sebab itu, akal dan wahyu harus menjadi dasar dan asas
pembinaan sebuah negara serta masyarakat yang bahagia. Ibn Bajjah
berpendapat bahawa akal boleh menyebabkan manusia mengenali apa
sahaja kewujudan sama ada benda atau Tuhan. Akal boleh mengenali
dengan sendiri perkara-perkara tersebut tanpa dipengaruhi oleh
unsur-unsur kerohanian melalui amalan tasawuf.
Selain itu, Ibn Bajjah juga telah menulis sebuah buku yang berjudul
"aI-Nafs" yang membicarakan persoalan yang berkaitan dengan jiwa.
Pembicaraan itu banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah
Yunani. Oleh sebab itulah, Ibn Bajjah banyak membuat ulasan terhadap
karya dan hasil tulisan Aristotle, Galenos, al-Farabi, dan al-Razi.
Minatnya dalam soal-soal yang berkaitan dengan ketuhanan dan
metafizik jauh mengatasi bidang ilmu yang lain meskipun beliau turut
mahir dalam ilmu psikologi, politik, perubatan, algebra, dan sebagainya.
Sewaktu membicarakan ilmu logik, Ibn Bajjah berpendapat bahawa
sesuatu yang dianggap ada itu sama ada benar-benar ada atau tidak
ada bergantung pada sama ada diyakini ada atau hanyalah suatu
kemungkinan. Justeru itu, apa yang diya­kini itulah sebenarnya satu
kebenaran dan sesuatu kemungkinan itu boleh jadi mungkin benar dan
tidak benar.
Sebenarnya, banyak perkara di dunia ini yang tidak dapat dihuraikan
menggunakan logik. Jadi, Ibnu Bajjah belajar ilmu-ilmu lain untuk
membantunya memahaminya hal-hal berkaitan dengan metafizik.
Ilmu sains dan fizik misalnya digunakan oleh Ibn Bajjah untuk
menghuraikan persoalan benda dan rupa. Menurut Ibn Bajjah, benda
tidak mungkin wujud tanpa rupa tetapi rupa tanpa benda mungkin
wujud. Oleh sebab itu, kita boleh menggambarkan sesuatu dalam
bentuk dan rupa yang berbeza-beza.
Kemahiran Ibn Bajjah dalam bidang matematik dan fizik sememangnya
diperakui tetapi beliau tidak cuba menyelesaikan permasalahan yang
timbul. Sebaliknya ilmu itu digunakan untuk menguatkan hujah dan
pandangannya mengenai falsafah serta persoalan metafizik.
Masih banyak lagi pemikiran falsafah Ibn Bajjah yang tidak diketahui
kerana sebahagian besar karya tulisannya telah musnah. Bahan yang
tinggal dan sampai kepada kita hanya merupakan sisa-sisa dokumen
yang berselerakan di beberapa perpustakaan di Eropah.
Sesetengah pandangan falsafahnya jelas mendahului zamannya.
Sebagai contoh, beliau telah lama menggunakan ungkapan manusia
sebagai makhluk sosial, sebelum para sarjana Barat berbuat demikian.
Begitu juga konsep masyarakat madani telah dibicarakan dalam
tulisannya secara tidak langsung.
Sesungguhnya Ibn Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang hebat.
Sesuai dengan itu beliau telah diberikan kedudukan dan penghormatan
yang tinggi oleh orang Murabbitin.
Tetapi perasaan dengki dan cemburu telah menyebabkan beliau
diracuni dan akhirnya meninggal dunia pada tahun 1138 (M) dalam usia
yang masih  muda. Biarpun umur Ibn Bajjah tidak panjang tetapi
sumbangan dan pemikirannya telah meletakkan tapak yang kukuh
kepada perkembangan ilmu dan falsafah di bumi Andalusia.

Wednesday 15 August 2012

Batang Tumbuhan Untuk Menulis Khat


BATANG TUMBUHAN UNTUK MENULIS KHAT
PAKU RESAM
Di Malaysia, batang pokok paku resam amat terkenal di dalam penulisan khat. Mushaf malaysia terbitan yayasan restu merupakan mushaf yang ditulis menggunakan pena batang resam resam. Gambar di atas merupakan contoh pokok paku resam. Ianya biasa didapati di tepi lereng bukit atau kaki bukit di tepi jalan atau lebuhraya. Batangnya yang sudah cukup tua berwarna coklat dikerat dan dibiarkan selama seminggu untuk pengeringan. Pengeringan pula tidak boleh dijemur di bawah matahari kerana ia boleh membawa kerekahan. Untuk mendapatkan kerapuhan batang resam, ianya boleh digoreng dlm 3 minit di dalam kuali tanpa minyak dengan api yang perlahan. Setelah batang resam benar-benar keras, ianya boleh di asah dan matanya lebih keras berbanding pena batang buluh. Kelemahan batang resam ialah ianya tidak mempunyai saiz batang yang besar seperti buluh, kemudian batangnya agak bengkok tidaklah selurus buluh.


Read more: http://hasrulkhat.webnode.com/tentang-khat/
Create your own website for free: http://www.webnode.com

Maksud Khat

 
Seni adalah jiwa dan jiwa adalah seni. Jiwa yang tidak berseni dan seni yang tidak berjiwa adalah seni yang mati dan jiwa yang mati´ – Amiera_ns. Ungkapan yang lebih ironis tentang memahami kesenian Islam ini menggambarkan betapa halusnya nilai seni yang terpancar pada setiap huruf seni khat. Lakaran-lakaran seni dan tulisan diadun bahasa fikir sehingga menjadi untaian tali jiwa dalam memahami erti kehidupan segajat, membangkitkan nafsu kecintaan sesama manusia juga kepada Maha Pencipta – konsep seni dalam silaturrahim Islam.
Kesenian unggul dalam Islam terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia. Dr Venetia Porter, Kurator Muzium British yang juga seorang pengkaji kesenian Islam menyatakan, tulisan merupakan antara elemen terpenting untuk menyampaikan sesuatu maksud sebagai gambaran pelbagai kejadian yang berlaku. Sistem tulisan Arab – wadah yang mengungkap maknawi bahasa Al-Quran menjadi pengikat ukhwah dan penglahiran perasaan mengagungkan Maha Pencipta.
Keistimewaan sistem tulisan Arab (jawi) ini penentu ciri kesenian Islam yang melampaui batasan dan sempadan. Tulisan-tulisan Arab ini dizahirkan kepada bentuk yang seni oleh seniman Islam. Objek penglahirannya berlegar disekitar kosmos alam yang bersangkutan dengan keagungan Tuhan. Bertitik tolak dari inilah muncul kesenian seni kaligrafi Islam yang telah dimulai dari sejak Islam lahir ke muka bumi ini. Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya. Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh.
Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis – seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia digunakan sehingga kurun ke-12. Pada kurun ke 10 – seni kaligrafi Islam tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth, Khat Riqa. Tulisan kaligrafi dari jenis Nasakh dijadikan asas dalam mempelajari sistem tulisan Arab di negara berkenaan



Peralatan Seni Grafik Islam

Pena Kaligrafi seperti ozmiled, Shaeffer, dan set kaligrafi Rotring dan pena, dapat digunakan untukmembuat kaligrafi Arab. Para biji pena ini harus berbentuk pada sudut miring sekitar 35-40 derajat menggunakan amplas. Pena Rotring tersedia dalam 1,5, 1,9, 2,7 juta.


Berikut ini adalah contoh Set Kaligrafi :



Pensil Kaligrafi


Pensil adalah Alat yang paling ekonomis dan mudah didapat. Anda dapat menggunakanpensil tunggal dengan tip berbentuk benar, atau menggunakan kombinasi dari dua pensilpada pengaturan tertentu, atau Anda bisa menggunakan pensil tukang kayu.

1.      Pensil Tunggal:
Untuk tujuan praktek, pensil 2H biasa dapat digunakan, asalkan ujungnya dipotong(berbentuk) pada sudut miring sekitar 35-40 derajatAnda perlu memotong ujungdengan menggunakan pisau bukan dengan rautanIkuti instruksi yang sama seperti yang untuk pensil tukang kayu di bawah ini.

2.      Dua Kombinasi Pensil:
Bila menggunakan pensil dua masukan bersama dua pensil biasa (2H), satukanpensil menggunakan band elastis atau selotipPensil juga perlu diatur pada sudut miring sekitar 35-40 derajatatau titik yang tepat adalah sekitar ¼ masuk yang lebih tinggi bahwa titik kiri.


3.      Carpenter Pensil:
Pensil tukang kayu yang tersedia dari toko-toko perlengkapan konstruksi seperti Home Depot. Pensil ini memiliki pusat yang luas dan berbentuk  persegi panjang. Pensil keras (H) lebih baik dari pada Pensil yang lembut. Untuk mempersiapkan pensil, gunakan pisau untuk mempertajam ujung, dan jangan menggunakan rautan. Ujung pensil harus berbentuk (dipotong) pada sudut miring sekitar 35-40 derajat sehingga cocok untuk kaligrafi Arab.



Bambu/Reed Pens

Kita juga dapat membuat pena kaligrafi dari bambu. Untuk membuat pena kaligrafi dari bambu ikutilah langkah-langkah berikut ini :

 Pertama, gunakan pahat dan  silet untuk membuat salah satu pena dari bambu.

          

Buatlah memotong ke bawah.

            



Sekarang potong bambu dengan kemiringan sudut 45 derajat.


       

Gunakan gunting atau pisau untuk meratakan ujung bambu yang sudah anda potomg sebelumnya.. dan selesai, pena kaligrafi dari bambu siap digunakan. 

Felt Tip Pens

Felt Tip Pens adalah pena yang ujungnya berbentuk lebar, pena ini sangat cocok untuk digunakan dalam membuat  kaligrafi. Pena ini tersedia di toko-toko perlengkapan stasioner atau toko-toko seni
Anda perlu memilih ujung pena seperti yang diproduksi oleh Zig.


Di Daerah Arab, Anda akan menemukan pena yang khusus dibuat untuk kaligrafi Arab dengan PILOT dan Zig.
Pena ini memiliki lebar nib yang berbeda, yaitu : 1.0, 2.0, dan 3.0 mils.

Contoh Felt Tip pens :




Permenan Marker

Anda dapat juga dapat menggunakan Permanen Marker ( Spidol Permanen ) untuk membuat kaligrafi, jangan lupa .. anda juga harus memotong ( mengasah ) ujung spidol dengan suduut kemiringan 35 - 40 derajat, seperti contoh di bawah ini :





permanen marker



Nib Pen

Kaligrafi Arab kontemporer paling umum menggunakan Nib Pen. Pena terbuat dari pena baja dimasukkan dalam wadah kayu.
Seperti pena bambu, nib pen juga harus dicelupkan ke dalam tinta, sebelum digunakan.
Pena ini  tersedia dalam berbagai ukuran, dan Anda bisa mendapatkan hasil yang  jauh lebih baik dibandingkan dengan pena bambu.

Ketika Anda membeli sebuah pena, pilihlah yang ujungnya benar-benar datar. Pena ini dapat bertahan  selama berbulan-bulan jika dibersihkan setelah digunakan dan disimpan dengan baik.

Berikut ini adalah contoh Pen Nib :